Kelam

 Dalam kehidupan kita pasti ada kehidupan sisi yang gelam namun adakah kegelapan itu akan terus gelap atau pun makin bersinar. 

Adakala kehidupan yang ada ini memberi satu situasi yang agak mencabar sungguh kerana itu perlu ada kekuatan dalam hati kita untuk hadapi secala ujian ini 

Namun adakah kita sekuat apa yang Allah berikan pada diri kita aku adakala lemah adakala kuat berdasarkan apa yang aku lalui itu 

Bukan mudah sebenarnya menjadi seseorang yang perlu hadapi segala Ujian Allah ini kita adakala dibisikkan satu angin putus asa dari Syaitan dan Iblis 

Maka itu kita akan terus kelam dalam dunia kita sendiri yang seawalnya Allah telah berikan satu jalur cahaya yang terang 

Kekelaman ini sebenarnya membawa kita punya hati ke arah kesesatan yang yang agak menjerat diri sendiri jika kita tidak buang segala fikiran yang menerawang itu 

Entahlah Aku adakala rasa letih hadap namun atas dasar Hamba Allah aku perlu lalui ujian ini dengan berjaya 

Anggaplah kekelaman itu sebagai satu batu penghalang yang perlu aku hancurkan agar segala ujian ini dapat aku tempuhi dengan tenang 

Kita manusia yang perlu memilih antara dua lemah dan kuat serta pahala dan dosa kemudian membawa diri kita antara syurga dan neraka 


Kita ada pilihan sebenarnya Allah Tidak pernah zalim pada kita namun jiwa kita yang menzalimi diri kita 

Jangan ikut jiwa namun ikutlah hati yang berpaksi pada Tauhid Allah serta aqal yang berpandu pada Iman .



Comments

Popular Posts